Apakah aku manusia atau sekadar puppet yang mengikuti arus dunia?

Diriku sentiasa sahaja berfikir adakah diri ini manusia seperti yang diingini oleh para duniawi , ataupun hanyalah seorang lagi manusia yang terkandas di era modenisasi , cuma sekadar insani yang tidak mempunyai nilai diri di society yang penuh dengan penghinaan dan judgmental. Siapakah diriku? Mungkinkah bakal typewriter yang bertopengkan username kartunis ataupun bakal menjadi chairman untuk sebuah syarikat yang menguasai kewangan duniawi dan lemah dalam mengejar jalan yang harus dituju oleh setiap insani ciptaan illahi. Biar aku meluangkan berdekad waktu, tetapi jawapannya tetap sama bagiku, hanyalah seorang puppet yang ditelan arus modenisasi.

Definisiku tentang menjadi insan ciptaanNya janganlah dipandang remeh dan dikecam oleh tiap sperma yang hina tetapi bangga dengan kewujudan dirinya, kerna semua sekadar ideologi diriku yang ingin setiap insani memandang akan setiap sudut untuk mengubah diri agar menjadi manusia yang sempurna dan membuatkan pencipta dan rasulnya bangga akan ciptaan dan umatnya . Sebagai insani bukankah kita ini didatangi dari benda yang hina hakikatnya , tetapi batilnya dijadikan sebagai pejuang dan penguasa akan setiap milik dan ciptaanNya . Tetapi , malang bagiNya , tidak semua ciptaanNya hendak tunduk padanya bahkan sanggup memandang kebendaan sebagai pengganti diriNya. Cukup hina diri kita tetapi kenapa kita makin menghinakan diri kita di muka bumi dengan menjadi sisa-sisa sampah , puppet dan yang sadis sekali , hingga menambahkan populasi musuh kita iaitu Syaitan. Explotasi diri yang mengajar manusia agar menjadi tipikal di muka bumi ini adalah banyak sekali dan tidakkah kamu sedari bahawa mereka itu sekutu , bukanlah sahabat . aku berkata seperti diriku ini malaikat tetapi malangnya aku juga salah satu insani yang dikawal minda oleh duniawi dan media globalisasi .

Pandanglah pada kewujudan benih yang pertama , manusia yang terunggul , timbul tiap tiap kitab suci , dikenali sebagai Adam A.S , moyang kepada setiap insani yang lahir pada dunia ini . Kenapakah illahi mencipta dia dan juga cucu cicitnya bahkan Dia sendiri lebih mengetahui akan kehinaan dan kekejian yang bakal dilakukan oleh setiap golongan daripadanya? Malaikat bertanya dan syaitan terasa hina akan kewujudan ciptaan daripada tanah . Malaikat datangnya daripada nur dan syaitan datang daripada api tetapi manusia cumalah secebis tanah , tetapi Allah menyuruh agar malaikat dan syaitan agar tunduk padanya. Kita hina , tetapi dipandang tinggi darjatnya di akhirat kerna kita ciptaannya yang terunggul . Dia Maha segalanya , Maha Mengetahui akan tiap segala ciptaanNya dan dia sedar akan eliminasi yang akan berlaku pada dunia , bumi yang merupakan hartanya tetapi dia tetap menciptakan manusia , insan yang menyedari setiap kehancuran , kerosakan setelah mengalaminya . Kenapakah dia mencipta kita biarpun malaikat merupakan salah satu ciptaan terhebatnya? semuanya kerna Dia inginkan hambaNya yang sekecil-kecil zara yang hina ini untuk tunduk padaNya , meminta Padanya dan bergantung Padanya dengan intuisi diri dan minda akan kenali siapakah mereka yang sebenarnya.

Dirimu dan juga diriku sangat berbeza pada ketika kamu membaca karya ini kerna aku menulis persepsi diriku ini dengan penuh dedikasi untuk menyedarkan kita , manusia akan tiap segala urusan urusan didunia yang membuahkan fikiran kita penuh dengan tanda tanya dan segala ortodoks yang diciptakan media massa tentang segala permainan silap mata dunia , mengaburi minda tiap manusia akan kehadiran illahi dan ketentuanNya . Biar kita hentikan segala emosi dan tiap spiritualisasi siapakah aku di muka bumi ini kerna aku akan berkata aku lah manusia puppet yang cuma pandai berkata-kata tapi mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan secara macro di pelosok dunia.

Diriku cumalah puppet seperti kalian ,